Sunday, October 3, 2010

ULASAN KARYA- iklan raya PKNS 2010

PLOT :
Iklan ini mengisahkan seorang ayah yang sedang mengingati anaknya ketika hujan sambil duduk termenung di hadapan pintu rumah menanti kepulangan anaknya dan sering meminta nombor telefon anaknya dari isterinya untuk menelefon anaknya di kl. Perasaannya hampa apabila panggilan telefon tidak diangkat kerana anaknya sedang mengemas rumah untuk sambut hari raya. Beliau mengambil keputusan untuk pergi ke rumah anaknya, sedangkan isterinya selalu menghalang dan mengatakan bahawa anaknya sudah pun besar. Apabila sampai di rumah anaknya, jiran di situ telah memberitahu bahawa anaknya telah berpindah ke tempat lain dan jiran anaknya itu telah memberikan alamat rumah anaknya kepada beliau. Apabila tiba di rumah baru anaknya itu beliau disambut dengan meriah oleh cucu-cucunya. Sedang beliau menunggu anaknya,Man turun beliau telah meliaht sebuah rumah yang menjadi impaian anaknya ketika kecil dan berhajat ingin memiliki rumah tersebut tetapi apabila impian tersebut disuarakan kepada ibunya, Man telah dimarahi dan ibunya tidak suka Man berangan2 kosong sekiranya tanpa usaha yang kuat. Ketika sedang berbual dengan anaknya, cucunya bertanya kepada ibunya, “dimanakah datuk dan nenek mereka akan tinggal”. Pada mulanya ibu dan ayah Man berasa sedih kerana merasakan bahawa anaknya telah melupakan jasa mereka tetapi anaknya telah membawa kedua ibu bapanya ke sebuah rumah yang sangat cantik sebagai hadiah daripada Man kepada orang tuanya sempena pada hari raya.

PENGHAKIMAN :

Iklan ini wajib ditonton oleh semua lapisan masyarakat kerana ia memaparkan kisah kekeluargaan yang sangat menyentuh perasaan. Selain itu, kasih sayang ibu bapa tidak dapat dicari ganti dan kita sebagai anak haruslah sentiasa menerima setiap teguran daripada mereka. Ibu dan ayah adalah insan yang sangat mengharapkan setiap anak yang dilahirkan menjadi insan yang berguna dan dapat membantu mereka ketika mereka tua. Mereka juga tidak mengharapkan harta benda dan wang ringgit daripada anakn-abaknya tetapi cukuplah sekadar peringatan dari seorang anak dan sentiasa bertanyakan khabar mereka walau di mana kita berada. Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengingati jasa kedua ibu bapa kita yang telah membesarkan kita sejak dari azali lagi. Jangan dilawan tutur katanya sekiranya ditegur, jangan sia-siakan kepercayaan yang telah diberi kepada kita dan jagalah maruah diri dan nama keluarga walau di mana kita berpijak....


About this blog

About Me

My photo
seorang yang sederhana,suka tersenyum,sabar dan menjadi pendengar yang setia...

Followers

Powered by Blogger.