Wednesday, August 11, 2010

Bidadari Syurga...

Sewaktu dinihari,
Kau bangun menghadap Ilahi,
Memohon keampunan dan kerahmatan dari-Nya,
Buat insan-insan yang tersayang.

Kemudian...
Selesai menunaikan kewajipan pada Tuhan yang Esa,
Kau bertungkus-lumus menyiapkan segala persiapan untuk keluargamu.

Kemudian...
Selepas suami ke pejabat dan menghantar anak-anak ke sekolah,
Kau menyiapkan kerja-kerja rumah,
dan ke pasar untuk membeli keperluan harian.

Kemudian...
Tanpa rehat kau sajikan makanan yang enak buat keluargamu,
Tanpa jemu kau melayan kerenah mereka,
Tanpa sedikit pun memikirkan kepenatanmu.

Oh Mama...
Betapa berbaktinya dirimu kepada suami dan anak-anakmu,
Tak terbalas jasa mu walau hingga akhir hayat ku,

Mama...
Walau dimana aku berada,
Sentiasa aku titipkan doa buatmu dikejauhan ini,
Semoga kau bahagia dan sejahtera di sana,
Kerana kaulah bidadari syurga di hati ku....

3 comments:

  1. salam

    bagus norfatma.. sajak tentang ibu yang dipaparkan dalam konteks berbeza..

    teruskan berkarya

    ReplyDelete
  2. terima kasih cikgu kerana bagi semangat saya akan terus berkarya selagi termampu...

    ReplyDelete

About this blog

About Me

My photo
seorang yang sederhana,suka tersenyum,sabar dan menjadi pendengar yang setia...

Followers

Powered by Blogger.