Sunday, October 3, 2010

ULASAN KARYA- iklan raya PKNS 2010

PLOT :
Iklan ini mengisahkan seorang ayah yang sedang mengingati anaknya ketika hujan sambil duduk termenung di hadapan pintu rumah menanti kepulangan anaknya dan sering meminta nombor telefon anaknya dari isterinya untuk menelefon anaknya di kl. Perasaannya hampa apabila panggilan telefon tidak diangkat kerana anaknya sedang mengemas rumah untuk sambut hari raya. Beliau mengambil keputusan untuk pergi ke rumah anaknya, sedangkan isterinya selalu menghalang dan mengatakan bahawa anaknya sudah pun besar. Apabila sampai di rumah anaknya, jiran di situ telah memberitahu bahawa anaknya telah berpindah ke tempat lain dan jiran anaknya itu telah memberikan alamat rumah anaknya kepada beliau. Apabila tiba di rumah baru anaknya itu beliau disambut dengan meriah oleh cucu-cucunya. Sedang beliau menunggu anaknya,Man turun beliau telah meliaht sebuah rumah yang menjadi impaian anaknya ketika kecil dan berhajat ingin memiliki rumah tersebut tetapi apabila impian tersebut disuarakan kepada ibunya, Man telah dimarahi dan ibunya tidak suka Man berangan2 kosong sekiranya tanpa usaha yang kuat. Ketika sedang berbual dengan anaknya, cucunya bertanya kepada ibunya, “dimanakah datuk dan nenek mereka akan tinggal”. Pada mulanya ibu dan ayah Man berasa sedih kerana merasakan bahawa anaknya telah melupakan jasa mereka tetapi anaknya telah membawa kedua ibu bapanya ke sebuah rumah yang sangat cantik sebagai hadiah daripada Man kepada orang tuanya sempena pada hari raya.

PENGHAKIMAN :

Iklan ini wajib ditonton oleh semua lapisan masyarakat kerana ia memaparkan kisah kekeluargaan yang sangat menyentuh perasaan. Selain itu, kasih sayang ibu bapa tidak dapat dicari ganti dan kita sebagai anak haruslah sentiasa menerima setiap teguran daripada mereka. Ibu dan ayah adalah insan yang sangat mengharapkan setiap anak yang dilahirkan menjadi insan yang berguna dan dapat membantu mereka ketika mereka tua. Mereka juga tidak mengharapkan harta benda dan wang ringgit daripada anakn-abaknya tetapi cukuplah sekadar peringatan dari seorang anak dan sentiasa bertanyakan khabar mereka walau di mana kita berada. Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengingati jasa kedua ibu bapa kita yang telah membesarkan kita sejak dari azali lagi. Jangan dilawan tutur katanya sekiranya ditegur, jangan sia-siakan kepercayaan yang telah diberi kepada kita dan jagalah maruah diri dan nama keluarga walau di mana kita berpijak....


Wednesday, August 11, 2010

Bidadari Syurga...

Sewaktu dinihari,
Kau bangun menghadap Ilahi,
Memohon keampunan dan kerahmatan dari-Nya,
Buat insan-insan yang tersayang.

Kemudian...
Selesai menunaikan kewajipan pada Tuhan yang Esa,
Kau bertungkus-lumus menyiapkan segala persiapan untuk keluargamu.

Kemudian...
Selepas suami ke pejabat dan menghantar anak-anak ke sekolah,
Kau menyiapkan kerja-kerja rumah,
dan ke pasar untuk membeli keperluan harian.

Kemudian...
Tanpa rehat kau sajikan makanan yang enak buat keluargamu,
Tanpa jemu kau melayan kerenah mereka,
Tanpa sedikit pun memikirkan kepenatanmu.

Oh Mama...
Betapa berbaktinya dirimu kepada suami dan anak-anakmu,
Tak terbalas jasa mu walau hingga akhir hayat ku,

Mama...
Walau dimana aku berada,
Sentiasa aku titipkan doa buatmu dikejauhan ini,
Semoga kau bahagia dan sejahtera di sana,
Kerana kaulah bidadari syurga di hati ku....

video

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan datang lagi....

11 Ogos 2010, bersamaan 1 Ramadhan hari yang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam di dunia untuk menunaikan seberapa banyak ibadah bagi memohon keampunan dari Allah swt dan minat dimurahkan rezeki serta dihindari segala kecelakaan...Pada bulan ini juga, segala dosa akan diampunkan, setiap doa akan dimakbulkan dan orang yang teraniaya juga akan dibela dengan seadilnya...Waktu siang kita akan diuji dengan menahan diri dari lapar dan dahaga...manakala pada waktu malam kita disunatkan menunaikan solat terawih untuk memperoleh lebih keberkatan di bulan Ramadhan...semoga selamat menjalani ibadah puasa...AMIN

Monday, July 19, 2010

Kelas pertama penulisan

Pertama kali saya masuk ke kelas En.Hasnol Hadi saya mula tertarik dengan subtopik yang akan diajar. Selain itu, penerangan yang telah disampaikan oleh cikgu Hadi dalam kelas penulisan yang pertama ini membuatkan saya tertarik untuk mempelajari subjek ini dengan lebih mendalam. Saya juga berminat untuk mempelajari teknik-teknik menulis karangan daripada cikgu Hadi supaya pada masa akan datang saya dapat menghasilkan sebuah penulisan yang baik. Oleh itu,saya berharap akhir kelas ini saya dapat memantapkan penulisan saya dan ilmu yang ada dapat saya manfaatkan sehingga ke alam pekerjaan atau sampai bila-bila.

About this blog

About Me

My photo
seorang yang sederhana,suka tersenyum,sabar dan menjadi pendengar yang setia...

Followers

Powered by Blogger.